PROFIL





EXCO SEKOLAH








SEJARAH MAAHAD RAHMANIAH KUALA KRAI


SMU (A) Rahmaniah mula didirikan oleh Allahyarham Tuan Hj Qasim dengan bantuan masyarakat setempat pada tahun 1958, bertempat di Guchil 3, Kuala Krai. Nama asalnya ialah Madrasah Rahmaniah sempena mengambil nama Allahyarham Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pada masa itu sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Ugama Rakyat. Pada peringkat awal sekolah ini mempunyai lebih kurang 100 orang dengan 5 orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Syafie Bin Yaacob (Guru Besar), Haji Qasim Bin Haji Ahmad, Adam Bin Abdullah, Muhammad Bin Abdul Kadir dan Saidah Binti Abdullah. Pada tahun 1974, sekolah ini dijadikan sekolah bantuan kerajaan di bawah pentadbiran Sekolah-sekolah Ugama Kelantan. Pada ketika itu sekolah ini mempunyai lebih kurang 70 orang pelajar dengan guru besarnya ialah Ustaz Adam Bin Abdullah. Pada tahun 1978, guru besarnya ialah Allahyarham Mohd Din Bin Haji Endok merangkap Imam di Masjid Bandar Kuala Krai. Pada bulan Januari 1989, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil alih sekolah ini dan diletakkan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK). Telah dipindahkan ke tapak baru dengan bangunan baru yang terletak di Kilometer 5, Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang sebagaimana lokasinya sekarang. Pada tahun 2005, sekolah ini dikenali dengan Maahad Rahmaniah sempena penjenamaan Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.





visi 
“rahmaniah cemerlang dan tersohor 
menjelang 2015”

MISI 
WARGA MAAHAD RAHMANIAH komited 
memastikan kurikulum dan kokurikulum 
cemerlang, sahsiah dan disiplin terpuji dalam persekitaran kondusif berteraskan pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan yang telus dan berdaya maju dengan dibantu 
hubungan komuniti yang erat.



          MATLAMAT
“ Mentarbiah pelajar dengan amalan dan ke  
  peribadian Islam.
” Membekalkan ilmu yang memenuhi keperluan
  dan tuntutan duniawi dan ukhrawi.
“ Memperkembangkan potensi pelajar dari 
  segi minat, kreativiti, kebolehan 
  interpersonal dan daya kepimpinan.
” Memberi peluang kepada pelajar untuk 
  melanjutkan pelajaran dalam pelbagai
  disiplin ilmu dalam dan luar negara.  

          OBJEKTIF
1. Melaksanakan sistem pengurusan dan 
   pentadbiran yang berkesan dan telus.
2. Memastikan pencapaian akademik sentiasa 
   cemerlang.
3. Memupuk akhlak terpuji dan boleh dicontohi.
4. Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti
   kokurikulum dan menjadi juara tersohor.
5. Melahirkan pemimpin Islam yang disegani dan 
   dihormati.
6. Mewujudkan biah Islamiah dan persekitaran 
   sekolah yang kondusif.
7. Memastikan semua pelajar lepasan STAM dapat 
   memasuki IPT dalam dan luar negara.






SISTEM PERSEKOLAHAN

Pendidikan YIK mengamalkan dua kurikulum serentak iaitu Al-Azhar dan kurikulum kebangsaan. Kurikulum Al-Azhar membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU), Sijil Menengah Ugama (SMU) yng dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan YIK. Manakala kurikulum Kebangsaan membolehkan para pelajar mengambil peperiksaan PMR, SPM, STAM dan STPM.






























Comments

Popular posts from this blog